Blogger Backgrounds
~salam dr mr ukiran aksara:: mr ingin menjemput kalian semua untuk mnjadi penulis jemputan blog ini. Kalau berminat bolehlah hantar cerita lawak kalian di http://www.facebook.com/ukiranaksara sekian, ukiran aksara... :)

kliks sini kalau anda seorang blogger!!!

Multi-styled Text Generator at TextSpace.net

~^_^copy n paste kat korang punye blog okey :)~

tersalah email

my new!!!
Tersalah Email bignilah Akibatnye.. :)

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah
komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk
menghantar e-mail kepada isterinya.
...
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa
mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di
sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya
selepas
pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil
keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat
mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail
pertama
itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun
bergegas
ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun
membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.
Mereka
telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh
menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.
Abang
lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari
esok.
Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke
sini
nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
terima kasih kerane sudi membace

lawak polis!!!

my new!!!
Mak: Lesen! tolong beli santan!
Lesen: Lesen tgh main PSP la mak!
Mak: Otak! tolong mak beli santan!
Otak: Otak tgh berak la, mak!
Mak: Kad pengenalan, tolong beli santan!
... Kad pengenalan: Kad pengenalan tgh main facebook la mak!
Mak: Gila, tolong beli santan!
Gila: Ok, mak!

Dalam perjalanan, Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju.

Gila: Ada apa, encik?
Polis: Mana lesen?
Gila: Lesen tak ada dgn saya, dia tgh main PSP.
Polis:Kad pengenalan kamu mana?
Gila: Kad pengenalan tgh main facebook.
Polis: Kamu tak ada otak ke?
Gila: Otak tgh berak. Polis kenal keluarga saya ke? Semua nama adik beradik sya encik tahu.
Polis: Awak ni gila, ya?
Gila: Nama saya memang Gila
terima kasih kerane sudi membace

sepupu

my new!!!
Zack dan Mira sepupu. Tiap-tiap kali kat kampung diorg akan kongsi satu bilik. Masa tu malam raya.

Zack: Mira!

Mira: Nape Zack?

Zack: Ikut aku kat bilik tidur jap!

Mira: Jangan tarik!

Dalam bilik......

Zack: Kau tahu tak aku ni seorg lelaki yg pantang kalau tak dapat apa yg aku nak selama ni.......

Mira: Huh?

Zack: Dah tak tahan dah Mira! Cepat tanggalkan kain kau tu sekarang jugak!

Mira: Ape ni Zack??!!

Zack: Setelah sekian lama aku berkongsi bilik ngan kau Mira........ aku betul-betul dah tak tahan dah ni Mira! tanggalkan cepat!

Mira: Zack nanananti dulu.....Zack. ...

Zack: No excuse! tanggalkan skang! kau nak aku guna kekerasan??? !

Mira: Jajajangan buat perangai camni Zack....Mira takut....... esokkan dah raya..... baru habis sebulan berpuasa....

Zack:
Pasal esok nak raya lah aku suruh kau tanggalkan kain langsir kau ni!!
Tiap2 tahun mesti guna kain langsir kau utk bilik ni! Aku tak kira
tahun ni kain langsir aku pulak!

Mira: ce.....la... ..ka..... ..
terima kasih kerane sudi membace

kidding...ha3

my new!!!
Boy : You are , ABCDEFGHIJK .

Girl : What does it mean ?

Boy : Attractive , Brilliant , Cute , Darling , Elegant , Funny , Gorgeous , Hot .
...
Girl : Aww , sweet . What does IJK mean ?

Boy : I'm just kidding , ahaha :p

Girl : LMN .

Boy : what ???

Girl : Lempang Muka NAK ?

Boy : =.=" (kene balik)..
terima kasih kerane sudi membace

aurat!!!

my new!!!
Seorang lelaki non-muslim bertanya kpd seorang lelaki muslim..

Lelaki kristian : kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

Lelaki muslim : tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula2 di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya dibukakn bungkusannya..kemudian dia melemparkan kedua gula2 itu ke atas lantai..lalu bertanya kpd lelaki kristian "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?
...
Lelaki kristian : sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa..
terima kasih kerane sudi membace

huhuhuhu

my new!!!
♥ Tidak mengapa jika awak tidak kacak , janji perangai awak kacak .

♥ Tidak mengapa jika awak tidak kaya harta , janji awak kaya dengan budi
bahasa .

♥ Tidak mengapa jika awak tidak pandai berkata-kata , janji awak jujur dan
tepati janji .

♥ Tidak mengapa jika awak tidak pandai bernyanyi , janji awak pandai membaca
al-Quran dan selawat .

♥ Tidak mengapa jika awak tidak tahu bab artis atau hal duniawi , janji awak
tahu bab agama dan dapat bimbing saya ke jalan Allah swt .

♥ Tidak mengapa jika awak terlambat berjumpa dengan saya janji awak tidak
terlambat bertemu dengan Allah swt .
terima kasih kerane sudi membace

bercumbu~~~

my new!!!
Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar.

Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki..

Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, "Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!"
terima kasih kerane sudi membace

teka teki.....jawab jangan x jawab....

my new!!!
Teka Teki:Ada 5 ekor cicak..di sebuah dinding...2 ekor bergaduh..seekor kalah seekor menang.....yang kalah mestilah jatuh kan??yang menang tepuk tangan..jadi berape ekor lagi tinggal di dinding????Jawab la
terima kasih kerane sudi membace

Pembunuhan J.W.W BIRCH

my new!!!
CIKGU : Baiklah, kita mulakan soal jawab. Fezzul bangun!!!

(Fezzul yang baru bangun dari tidur tiba-tiba berdiri)

CIKGU : Jawab dengan pantas, siapakah yang telah membunuh J.W.W Birch?

FEZZUL: Sumpah, saya tak bunuh. Betul cikgu, saya tak kenal pun orang putih
tue...(sambil menangis melolong)

CIKGU : Mampos kalau aku ada 20 orang pelajar macam ni... (dalam hati)...
terima kasih kerane sudi membace

Fotosintesis

my new!!!
CIKGU: Sumardi, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

SUMARDI: Untuk mencari makanan, cikgu.

CIKGU: Bagus, sekarang giliran Neena pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

NEENA: Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.

CIKGU: Pun bagus jugak. Sekarang giliran Ajoi pulak. Apakah tugas daun pisang?

AJOI : Untuk membuat "tapai" cikgu..

CIKGU: Uiii, lagi bagus. Sila diri atas meja sampai tamat waktu kelass!

hahahaha...bijaknyer ajoi...!!!
terima kasih kerane sudi membace

motor oh motor...

my new!!!
ali dan datuknya p kedai motor untuk mmbli mtor bru.... selepas membeli motor atuknya membawa cucunya berjalan-jalan dgn menaiki motor baru e2.... ketika atuk nya mnunggang motor e2 cucunya bertanya kepada atuk nya......
cucu: atuk...atuk... knp atuk guna gear satu saja....?
atuk: sebab kalo gear satu rosak barulah atuk tukar gear dua......
cucu*#^&$%%@&*@(@!
terima kasih kerane sudi membace

~pejabat pos~

my new!!!

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?"

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
terima kasih kerane sudi membace

lawak kita pade hari ini~~

my new!!!
Seorang Guru Tadika bertanya kepada anak muridnya...
Guru : "Siapa didalam kelas ini yang mengenal nombor?"
Razif : "Saya Cikgu"
Guru : "Apa betul awak kenal nombor-nombor?"
Razif : "Ya Cikgu.. Saya telah belajar dengan ayah"
Guru : "Baiklah.. mari kita lihat...selepas 3.. berapa?"
Razif : "4"
Guru : "Bagus... Selepas 6?"
Razif : "7"
Guru : "Ya.. Bagus.. selepas 9?"
Razif : "10"
Guru : "Ya.. Bagus sekali... nampaknya ayahmu benar-benar mengambil berat tentang pelajaran kamu.. Okeylah.. Akhir sekali.. selepas sepuluh..berapa?"
Razif : "Jack, Queen, & King"
terima kasih kerane sudi membace

Loghat Utara vs Pantai Timur

my new!!!
Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara
loghat utara dengan loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada.

Loghat Utara:
Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak.

Loghat Pantai Timur (kelate):
Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok.

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!
terima kasih kerane sudi membace


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...