Terdapat seorang miskin yang bernama SELAMAT
yang mana dia ini begitu daif,kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.
Pada suatu hari, disebuah negara yang mana mempunyai seorang raja serta permaisuri yang mempunyai seorang puteri yang mengidap penyakit KEMURUNGAN,jadi bapa kepada puteri ini berasa sedih atas bencana yang melanda anak perempuannya..jadi si raja ini pun memanggil orang suruhannya(pengawal) datang menghadap beliau.."Beta mahu kamu pergi mewawarkan tentang penyakit yang melanda anak puteri beta,barang siapa yang dapat menyembuhkan penyakit puteri beta,mereka akan dikahwinkan dengan puteri beta serta mendapat harta sekali..tetapi dengan satu syarat,seorang LELAKI ,orang itu mestilah dapat mengembirakan hati puteri beta,cerita atau apa bentuk hiburan yang di sampaikan mestilah pajangnya sehingga SERIBU SATU MALAM.barang siapa yang tidak dapat menghabiskan ceritanya,mereka akan dihukum pancung.
si pengawal suruhan raja ini pun mula menjalankan tugas yang telah di amanahkan kepada mereka yang mana pergi memberitahu rakyat jelata tentang musibah yang melanda puteri itu..dalam masa pemberitahuan itu, si SELAMAT ini berada ditempat pegumuman..jadi terdetik didada SELAMAT "kalau aku menang tentu aku dapat menyara kehidupan ak.."
Hari pertandingan hampir tiba, ramai yang berpusu-pusu mendaftarkan diri, termasuk raja-raja dari negara seberang,rakyat-rakyat jelata yang berebut untuk memenangi hadiah yang ditawarkan serta SELAMAT pun datang untuk bertanding..
Masuklah si tuan bongkok becerita ke dalam kamar si tuan puteri, pada suatu hari ada seekor kura-kura datang untuk berlumba dengan seekor arnab...si tua itu pun tamatkan cerita nya..tetapi tidak sampai 1001 malam,jadi si tua ini dihukum pancung. datang peserta seterusnya lalu bercerita..pada suatu hari ada seekor harimau yang sedang lapar,sayang nya juga peserta ini juga tidak dapat menghabiskan ceritanya..dia pun dihukum pancung..
Tiba giliran si SELAMAT untuk bercerita," Pada zaman dahulu, terdapat sebuah pulau yang mana didiami sekumpulan semut,yang mana ada seekor raja semut yamg mentadbir rakyat jelatanya dengan penuh kerjasama,pada suatu hari ada berlaku satu pekara yang mengemparkan kepulauan semut ini,berita mengenai ada raksasa terdampar di pinggir pantai...raksasa yang di khabarkan itu sebenarnya adalah seorang manusia yang terhanyut lalu terdampar di sebuah pulau,iaitu pulau semut..seekor semut memberitahu raja semut mengenai berita itu,, lalu raja semuat itu pun mengarahkan rakyat jelata mengangkat manusia itu bawa masuk ke istana semut...maka rakyat semut yang mana telah diajarkan tentang kerjasama ini pun berkerjasama mengangkat manusia ini memasuki istana...setelah beberapa hari, manusia ini pun sedarkan dirinya lalu terperanjat kerana yang megelilinginya semua semut..lalu raja semut ini pun ceritakan pekara yang berlaku keatas lelaki ini..lelaki ini pun berasa berhutang budi dgn kerajaan semut..
lagi sekali budi raja semut serta rakyatnya kepada lelaki ini adalah membuatkan rakit untuk lelaki itu pulang ke tempat asalnya..lelaki ini pun terasa terharu dgn pengorbanan semut terhadap dirinya..lalu lelaki ini mengucapkan terima kasih lalu pulang ketempat asalnya..setelah beberapa bulan berlalu,lelaki ini mendapat khabar berita yang buruk mengatakan kepulauan semut menghadapi masalah kelaparan..lalu lelaki ini berkata "raja semut serta rakyatnya pernah bantu aku,jadi aku mesti tolong mereka,dengan cara ini aku dapat membalas jasa mereka..lelaki ini pun pergi menebang pokok tebu dan mengisar menjadi gula,setelah siap lelaki ini megisi kedalam guni ..lalu pergi membawa ke pulau semut..sampai di pulau itu lelaki ini mengarahkan semut mengambil gula itu..lalu semua semut membuat barisan yang pajang dari pinggir pantai sehingga ke istana untu bekerjasama mengangkat gula...lalu semuat ini berkata "angkat sebiji gula bawa masuk istana",perkataan ini berulang sehingga 1001 malam,,,jadi SELAMAT pun dapat menamatkan ceritanya sampai 1001 malam..puteri itu pun terseyum lalu SELAMAT pun dapat dinikahkan dgn puteri dan harta semua bepindah kepada SELAMAT..
sekian hasil nukilan abu hussin bn yaakop